sukacakap

cakap.pakai.otak.bukan.pakai.mulut

~Spesis apekah ini?? hurmm June 10, 2010

Filed under: ~Jiwaraga — nizamk10 @ 1:16 pm

~ salam

“Salam 1 Malaysia…Saya Zackiyah Arenas melaporkn untuk….” (motif ko kt Malaysia nk pakai baju bulu2…)

Hmmm..spesis mmg susah nk jumpa…memang unik sgt..nk kata manusia x nk kata binatang pon x jugak..aku pon x tau spesis ape…kalu manusia pas beranak die jaga anak die..binatang pon jaga anak die..sayang anak masing2. Tp spesis ni jenis beranak pastu bunuh anak..aku pon x paham… x kesian ke sanggup wt cam tu..hurmm..(emo jap…)

(hati membeku mengingatkn..kata janji manismu..woooo…hmm)

Kalu kes buang bayi mmg slalu kita dengr kn..ni yg paling terbaru..bunuh anak !!  Ya Allah, tragisnye..korang bace la kt bawah ni..Kesian x?? ( aku terbace kt Harian Metro harini, Khamis, 10 Jun 2010)

_________________________________________________________________________________________

KOTA KINABALU: Bunyi tangisan bayi yang nyaring pada malam hari membongkar perbuatan seorang ibu bersifat syaitan dipercayai mencekik bayi dilahirkannya sehingga mati, sebelum mayatnya dibungkus dan ditanam di sebuah ladang di Jalan Jerecoh, Kinabatangan, di sini, semalam.

*KEJAM...mayat bayi perempuan cukup sifat dicekik ibunya sendiri sebelum ditanam secara sembunyi.

Salah seorang pekerja ladang yang enggan dikenali, berkata, pada mulanya dia mendengar suara tangisan bayi kira-kira jam 9 malam, kelmarin ketika mahu mematikan enjin bekalan air terletak bersebelahan rumahnya.

Bagaimanapun, katanya dia takut melihat apa yang berlaku kerana menyangka ia suara hantu berikutan lokasi kediamannya jauh daripada penempatan penduduk.

Katanya, pada keesokkan harinya (semalam), dia tergerak hati menyiasat apa yang berlaku sebelum mengajak salah seorang rakan menemaninya.

Beliau berkata, sebaik tiba kawasan belukar tidak jauh di belakang rumahnya, dia terkejut mendapati ada longgokan tanah yang masih baru digali seperti sebuah busut kecil.

“Kira-kira satu jam memeriksa kawasan ini, rakan saya terlihat kesan tanah baru digali tetapi ditimbus pelepah kelapa sawit sebelum mengalihkan timbunan daun itu.

“Saya menggali semula busut kecil ini sebelum menemui satu bungkusan kecil dibaluti guni plastik sebelum membukanya,” katanya.

Lelaki terbabit terkejut apabila mendapati guni palstik itu mengandungi mayat bayi masih bertali pusat dan dipenuhi darah sebelum menghubungi pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Deputi Superintenden (DSP) Jaini Abdul Kadir, ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Katanya, sebaik menerima panggilan itu, pihaknya menghantar beberapa anggota menyiasat dan mengesahkan menemui mayat bayi lelaki baru dilahirkan dan ditanam secara sembunyi.

“Dua lelaki terbabit mendakwa menemui mayat bayi ini selepas mendengar tangisan bayi pada malam sebelum itu sebelum mencari punca bunyi berkenaan pada pagi esoknya.

“Mereka menemui longgokan tanah baru digali lalu menggali sebelum menemui bungkusan guni mengandungi mayat bayi cukup sifat dipercayai baru beberapa jam baru dilahirkan sebelum dibunuh dan ditanam,” katanya.

Katanya, berdasarkan maklumat daripada lelaki berkenaan, dia pernah melihat seorang wanita sarat mengandung mundar-mandir di ladang terbabit beberapa kali sebelum ini.

“Bertindak atas maklumat itu, pihak polis mengesan rumah wanita terbabit dan mendapati perutnya kempis sebelum ditahan untuk siasatan.

“Polis percaya wanita berusia 33 tahun ini dipercayai melahirkan sendiri bayinya sebelum mencekik dan menanamnya untuk mengelakkan daripada diketahui masyarakat,” katanya.

Jaini berkata, wanita itu ditahan untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan awal terhadap mayat bayi itu mendapati terdapat kesan lebam pada lehernya dipercayai dicekik.

“Bayi malang ini dipercayai masih hidup ketika dilahirkan tetapi mati akibat dicekik sebelum ditanam.

“Tangisan akhir bayi didengari pekerja ladang itu adalah tangisan terakhirnya sebelum ditanam,” katanya.

Menurut Jaini, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang mayat bayi secara sulit.

_________________________________________________________________________________________

MMG KEJAM GILE!!..mai sini bagi aku cekik ko plak nk??…x tau la camne die ley sanggup cekik anak die sindri sampai mati…xde perasaan ke die ek..sedih sgt aku bc cite ni…pe yg mampu aku ckp akhir2 zaman ni mcm2 ley jd…manusia dh x de perasaan lg asenye..wt bende2 yg x masuk akal..hmmm

Pada yg masih waras pikir2 kn la..Balasan Tuhan tu lg sakit nti..bukan stakat rasa mati kena cekik, lebih trok lg dr tu nti yg ko akn terima!! Baby tu sudah tentu menjadi penghuni syurga..kalu ko bela anak tu ley la die doakan ko masa tua nti..ni kalu ko dah cekik baby tu sampai mati, merasa la ko azabnya nti..hurmm…

~TBC

~Di dalam kandungan ibuku tersayang, Amannya kurasakan , Degupan jantungmu, jantungku , Irama penuh syahdu…………..


~Jumaat sayu May 7, 2010

Filed under: ~Jiwaraga — nizamk10 @ 10:44 pm

~Salam Jumaat

Pagi tadi bangun je pagi rasa cam malas gile nk g keje. X tau nape..Bangun je dari katil pandang luar tetibe tingat kt mak ngan ayah aku..Lama aku x balik umah..Rindu gile kt dorang…hmmm..

Pastu tetibe teringat something yang berlaku semalam..xxxxx…Pasal ade member lama aku share masalah dengan aku…Tros rasa sebak gile..Pas mandi, solat subuh, kuar bilik, nek motor..Sampai je kt Kinrara tetibe aku jd cam sebak gile..x tau nape.. Pastu menangis atas moto..Cam x ley nk control..Aku x dapat bayangkan kalu bende tu berlaku kt diri aku.. T_T.. Sometimes aku rasa aku dah cukup kuat ngan ujian yang Tuhan berikan..Pastu aku pikir2 balik, memang betol ade lagi dugaan yang lebih dansyat Dia berikan pada orang lain..Aku teringat sangat kt ayah dan mak aku time tu..Hmm… Apa yang mampu aku kata, bawa banyak bersabar…Kadang2 kita cuba kawal bende yang kita x nk ianya terjadi, tapi terjadi juga…

Dah lama aku nampak kiasan2 kt bawah ni..aku x tau sape yang wt..Tp bagi aku it’s really touch my heart deeply….

K.A.W.A.N

Kata Mak,

KAWAN tu ibarat lebah,

Habis madu sepah dibuang;

Kata Ayah,

KAWAN tu umpama bunga ros,

Dipandang cantik, dipegang sakit;

Kata Atok,

KAWAN tu seperti air,

Terus mengalir;

Kata Nenek,

KAWAN tu bak bulan,

Dipuja dan disanjung, namun jauh di sana;

Kata Sedare,

KAWAN tu macam makanan,

Kawan makan kawan !!

Kata Abang,

KAWAN tu tak ubah macam lembu,

Mengikut saje apa yang dikata;

Kata Kakak,

KAWAN tu macam durian pon ade gak;

Bau je busuk, tapi sedap dimakan;

Kata Adik,

Kawan tu macam biskut,

Kejap ade, kejap takde;

Kata AKU,

Kawan tu macam ……..

KAWAN la kot..

Sebab sekali KAWAN tu percayakan kita, itu dah cukup untuk jadi KAWAN SEJATI …

~TBS~

~Pabila seseorang tu berkongsi sesuatu dengan kita dan benda tu sangat penting, maknanya dia sangat percayakan kita. Dia anggap kita sebagai KAWAN. Jadi simpanlah cerita@rahsia tu baik2 sampai mati. sekalipun….

~Semua yang berlaku ada sebabnya.. Mungkin ada sesuatu yang Dia nk bagi kt kita suatu hari nanti..Tapi kita x tau bila. Bersabarlah.. InsyaALLAH


~Kawan? Apakah? April 23, 2010

Filed under: ~Jiwaraga — nizamk10 @ 10:46 pm

” Setiap orang perlukan kawan, teman, geng, orang2 yang boleh kita berhubung. Tapi apakah itu kawan?  Geng warung kopi? Member seperjuangan? Member lepak2? Rakan2 sekolah? Atau kawan2 bersama kita semasa kita kecil? X de prejudis, x de perbezaan, x de pertandingan, x de persaingan. Sehingga suatu hari kita belajar untuk buka mata dan kita mula nampak dunia bukan lagi sekadar hitam dan putih.” - KAMI Ep1

~bestnye cite ni..

Berkali2 kalu aku ulang tgk part ni. Bagi aku, sape yg pikir camtu same cam otak aku pikir. K.A.W.A.N? Pe tu ek? Sampai sekarang aku still cari pe tu K.A.W.A.N.. Kalu susah je ke cari K.A.W.A.N? Kalu bosan je ke cari K.A.W.A.N? K.A.W.A.N ngan S.A.H.A.B.A.T same x? tetttt..x taula..huhu.. Kadang2 aku tgk orang2 sekeliling aku ade yg ade kawan rapat, ade yg ske dok sengsorang je.. Best gak tau kalu dok sengsorang..x yah nk pikir perasaan orang lain, buat je pe kita suke. Gi makan sengsorang, g kelas sengsorang.. camtula. Mungkin dalam pikiran die ; buat pe nk pikir pasal orang, ade orang pikir pasal kita? hmm.. ataupun mungkin kita selalu baik sangat ngn orang pastu orang selalu je cari kita kalu die rase susah. Itu aku nye pendapat je la..huhu

Susah nk cari makna K.A.W.A.N tu kn? huhu

~TBS~

~Kadang2 kita x pernah menghargai ape yang kita ade sekarang, sampailah ianya hilang suatu hari nanti…